"Bahana bawak Baby Mia pergi hospital..." | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, February 6

"Bahana bawak Baby Mia pergi hospital..."

Kena pulak hari Isnin lepas nenek aku masuk hospital sebab kaki dia bengkak. Katanya Jantung nenek tak fungsi dengan betol and lagi satu maybe masalah buah pinggang nenek. Di sebabkan nenek tak dapat buang air kecil dengan betol, so air lebihan tu akan turun ke kaki. Dan sebab tu la kaki nenek bengkak.

Ibu aku trpaksa la amik cuti nak uruskan nenek masuk hospital tu. Tapi mula -mula tu aku tak terfiikir pon nak pergi. Tapi bila ibu dah ajak, aku on la. Dan korang pon tau kan aku sekarang ni menjadi BABY SITTER baby mia.. So takkan nak tinggal kan. Ofcz aku bawa. Tapi masa tu aku tak terfikir lansung bole ke bawa Baby pergi hospital. Masa otw tu dah ragu-ragu gak. Memang tau dah macam tak bole bawa kan.

Sebelum masuk hospital Ibu dah pesan dah kat aku 

"Korang masuk dulu ek, ibu nak cari parking dulu." 

Almaklum la pergi melawat masa lunch hour. Mahu tak penuh nye hospital tu. Aku pon kuar dari kereta dukung la si Baby Mia. Berlari-lari anak aku nak mengejar lif. Waktu melawat sampai kol 2 je. Lagi 15minit kol 2 baru kitorang sampai. So kena la mengah-mengah kejar masa. Lif pulak masa tu penuh orang nak tunggu. Mana yang nak naiknya. Yang nak turunya. Semua berebut. Baby Mia pulak dah start nak merengek. Panas tu. Memang tak selesa la kan baby tu. Aku pon jenuh la nak menyabarkan si Baby Mia ni.

Bila dah sampai Tingkat 7,  makcik aku (Maklang) tak bagi masuk. Katanya baby mana boleh masuk. So aku terpaksa la keluar. Haaaiiihh dah la penat. Alih-alih tak bole masuk. Aku pon dok la kat luar. Baby Mia dah start dah ....

"ekk...eekk...ekkkkkk"

Tunggu kat luar pintu je la. Jaga Baby Mia. Bagi puting taknak! Bagi susu tak nak! Alih aku suap kan gak puting dengan madu sikit. Diam la kejap. Masa tengah dukung si Mia ni datang la sorang makcik ni... Menghampiri aku dan berkata...



"Anak sulong ke?"

Haaaa!!! whattttt!!! Makcik, I tak kawin lagi ye. So sebelum makcik ni memanjagkan ceritanya dan soalanya dan sebelum ada abang-abang nurse yang lalu, aku kena betul kan keadaan sebenar dengan makcik tu. Aku cakapla...

"Eh! tak la,,, ni anak pakcik saya. Anak sulung dia. Saya tolong jaga je"

Senyum jela makcik tu menerima cerita aku yang tak seberapa tu... Tak pasal pasal SAHAM I jatuh merundum tau. Habis orang ingat aku dah kawin. Sadis sangatttt!!!!

Bila makcik tu bla je... aku tak buang masa dah duduk kat atas tu. Aku lari kat bawah. Cari tempat duduk yang selesa untuk tido kan si Baby Mia ni dan juga menyembunyikan diri aku dari di ajukan soalan-soalan yang tak munasabah bagi aku. Sebabnya aku tak dapat terima hakikat diri ini dah serupa mak-mak ok.

Cerita aku belum lagi ke penghujungnya... bila aku turun kat bawah, lain pulak situasi nya. Masa tu aku dok kat bawah nak tido kan si Baby Mia. Dah dia merengek-rengek ngantok la tu kan. Bila aku dok dodoikan si Mia ni, orang lalu lalang kat sana boleh pandang aku senyum je... sambil tengok kat si Baby Mia ni... 

Aku pon macam dah paham je SENYUMAN SINIS yang diorang pamerkan tu. Agaiinnnnn.... Diorang pandang aku sebagai Mak kepada Baby Mia. WAAAAA!!!!! 

"Mia...... ekau tau tak saham akak dah jatuh sesangat.... diorang tak nampak dah akak ni bujang sebenarnya"


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com