ALHAMDULILLAH...dah bole dapat L dah ni.. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, February 13

ALHAMDULILLAH...dah bole dapat L dah ni..

Gembira tak terkata rasanya bila dah lepas stage yang 'horror' bagi aku ni. Aku rasa ini adalah perasaan biasa dialami orang yang nak amik lesen macam aku ni. Kalo setakat part nak belajar driving yang orang anggap macam 'technical' tu..semua orang rasa seronok. Lagi budak baru belajar mcm aku ni.

Cuma yang aku rasa part tak bole bla dan paling menjerut leher yang besar ini adalah test berkomputer. Fiiuuuuhhhh! Jujur la aku cakap eekkk...aku GAGAL tau masa test pertama kali amik haritu. Mana idoknya...dengan risua+nebes+cuak dan tak tau macam mana rupa soalan dalam komputer tu even sebenarnya soalan yang kuar memang sebijik sebuntat macam dalam buku soalan yang diorang bagi BUT still nebes doohhhh!

Masa yang diberi 45Minit. Tak lebih. Tak kurang. Samada ko sempat jawab cepat dan LULUS...atau kau tak sempat habiskan soalan dan GAGAL. Ini lah yang bermain difikiran aku. Aku nak jawab dengan cepat dan make sure sempat dan aku nak LULUS.

Masa jawab tak bole bising. As usual la semua exam memang macam tu. Bole dengar tau gedupan jantung aku ni. Mulut terkumat kamit baca doa dan baca soalan slow slow. Haaa itu lah ghupanya aku dalam bilik exam tadi. Alhamdulillah sangat sangat soalan yang aku jawab tadi semuanya apa yang aku jawab dari buku soalan tu.

*Tak sabar dah pulak nak belajar driving....



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com