Patut la Baby Mia syik nangis je...dan aku belajar 'something' hari ni.. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, January 27

Patut la Baby Mia syik nangis je...dan aku belajar 'something' hari ni..

Setiap kali datang umah nenek je jenguk Baby Mia, mesti dia nangis. Jarang sekali la nak tengok dia diam. Paling tak pon masa tu dia baru je senyap dari nangis pastu nanti sambung balik. Aku yang bukan mak dia pon rasa tak senang duduk bila dengar dia nangis. Kitorang ni excited la kan sebab dalam family kitorang ni dah lama takde BABY... SO .... excited sangat la. ( Nak tunggu anak sendiri Mr.B tak masuk mintak lagi... alamatnya aku menunggu menunggu dan terus menunggu la)

Jadi bila dah selalu nangis macam orang kena pukul, kita yang ada ni takkan nak diam je. Mata sampi dah nak bengkak+mata yangyang memang sepet tu tak sampai hati la aku nak membiarkan dia. Dah macam-macam cuba untuk detect kenapa dia asyik nangis je walau dah bagi susu, dengan mula-mula bawa klinik sebab takut kembung. Yela sebab dia asyik terkentut-kentut je, tu yang first. Pastu ikhtiar lagi berubat kampung sebab takut kena Sawan Nangis+Nama yang diberi tak sesuai. Dah tu last-last terfikir suruh bawa pergi mengurut. Takot badan ada salah urat ke apa ke.

SAH! memang Baby Mia tu salah urat. Kerana apa? Haaa.. bila dah ada kesilapan baru la kita kata step belajar kan. 

First! silapnya sebab bagi dia pakai baju sarung.
 Contoh baju sarung.
Kenapa tak boleh? sebab baby yang awal bulan ni 1-3 bulan ni KALAU BOLEH elakkan dari pakai kan baju ni. Sebab bila kita nak pakai kan baju kat dia, kita kena angkat tangan dia kan. Haaa tu yang buat bahagian bahu dengan ketiak dia terseliuh. So sebaik nya kena pakaikan baju butang tengah.

Contoh baju butang tengah.

Dan lesson seterusnya aku belajar, kalau baby tersedak susu masa kita tengah bagi dia minum, kita tegakkan sikit badan dia pastu kita tiup ubun-ubun dia. Dalam masa sama kita 'burkk!' kan dia. Bagi bunyi sedawa la maksudnya tu. Ibu aku panggil 'burk' so aku ikut je la.

 Susu pulak jangan bagi yang dah sejuk. Kalau boleh bagi yang suam-suam panas. Yang ni untuk elakkan dia kembung perut. Seronok betul aku dapat belajar sikit-sikit tadi. Boleh la buat persediaan ilmu untuk diri sendiri pulak nanti.

#Wah!MacamNakDekatJeNakKawinNi heheheheh =P

1 comment:

  1. hihii,betul2...anak2 buah membesar di rumah mmg macam2 dapat belajar:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com