Kemurungan Remaja & Cara aku aplikasi kepada adik-adik remaja ku. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, January 24

Kemurungan Remaja & Cara aku aplikasi kepada adik-adik remaja ku.

Pelajaran hari ini. Tadi tengok ceramah pagi kat TV9 'Nasi Lemak Kopi O' . Tak sempat pon nak tengok dari mula. Tengok ceramah separuh jalan je. Actually bukan la ceramah pon. Dia lebih kepada motivasi pagi. Tajuk talk pagi tadi tentang kemurungan remaja masa kini. 

Sekarang ni aku sedang berjinak jinak untuk ambil masa dengar ceramah@motivasi untuk pengetahuan atau perubahan diri aku sendiri. Buka buka je aku dah mula tertarik dengan tajuk tu. 

" Masa anak-anak tengah marah, kita jangan marah lagi dia nanti dia lagi marah. Sebagai ibu bapa mereka perlu ambil jalan seperti bawa anak pergi kaunseling atau cuba lebih akrab dengan anak-anak. Kerana takut anak-anak yang sedang kemurungan ini akan buat sesuatu dibelakang ibubapa dan akan buat keputusan untuk memalukan ibubapa mereka pula atas sebab rasa marah pada mereka kerana gagal memahami perasaan mereka kala itu."

Pendapat aku, anak-anak @ remaja sekarang tak sama naluri nya seperti zaman aku atau zaman ibu bapa kita.  Walaupon saat zaman aku remaja dulu takdelah yang perfect nya tapi untuk remaja generasi sekaranga zaman mereka adalah zaman paling mencabar. 

Apa yang aku katakan dengan MENCABAR ialah kerana teknologi  sekarang. Aku sedar kita tak boleh nak salahkan kehadiran teknologi dalam dunia yang serba membangun ni. Tapi apabila manusia bisa mengawal dan mendapatkan apa yang mereka mahu itulah punca-punca kelemahan nya. Keinginan manusia tiada terbatasnya. Bila manusia mula memikirkan mahu mendapatkan apa yang mereka nak,adakala mereka lebih dikawal NAFSU berbanding AKAL FIKIRAN yang waras. 

Itulah realitinya dunia sekarang. Saat yang mana manusia ini diuji dengan ajaran agama atau lebih memikirkan logik akal semata-mata. Sebagai ibu bapa nak bertindak agresif dalam mendidik anak-anak atau mengawal mereka bukan lagi jalan yang relevan. Kalau dulu tindakan mengurung anak atau pesan anak-anak jangan keluar rumah adalah jalan yang selamat, tapi tidak lagi boleh diguna pakai untuk kala ini. 

Pendekatan atau hubugan rohani antara ibu bapa dan anak-anak sangat memainkan peranan. Walaupon aku belum lagi menjadi seorang Ibu, tapi aku rasa itulah salah satu caranya yang berkesan untuk kita mendekati anak-anak remaja. Sebab aku selalu aplikasikan cara ini dengan adik-adik.

Aku kerap ambil masa untuk luang dengar cerita mereka, tak kisahlah cerita tentang kawan-kawan ke even aku tak kenal siapa kawan-kawan diorang tu, tak pun aku dengar kisah cerita cinta monyet mereka dan masa aku dengar cerita ini aku tak akan terus marah. YES! aku agree yangsaat sekarang adik-adik aku ni belum lagi tiba masanya harus berfikirkan soal cinta, tapi aku kena ingat aku jua pernah berada di tempat mereka masa dulu. Jadi aku tau apa yang mereka rasakan dan apa yang mereka harapkan feedback dari aku.

Dan masa mereka menanti feedback dari aku itu lah aku akan cuba keluarkan idea-idea yang bernas dan relevan. Aku lebih suka memberikan mereka gambaran atau perasaan yang sebenar maksud aku. Sebab aku nak mereka rasa setiap mesej yang aku cuba nak sampaikan. Masa tu aku harus memainkan peranan penting dengan cuba merasai apa yang mereka rasa. Jadi disitulah kita boleh tahu samada kita ni berjaya menjiwai perasaan mereka atau tidak. 

Pendekatan 'heart to heart' penting sebenarnya untuk ibubapa menyelami dan menjiwai diri anak remaja.

#switchtopositive


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com