"Kau Sedar tak....." | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, January 27

"Kau Sedar tak....."

Alhamdulillah.... habis juga paper SPM aku tahun ni... and now aku dah tak payah bangun awal nak pergi sekolah. Dan semestinya ini lah masa yang aku idam-idam kan untuk tak nak bangun awal pergi sekolah. Oopps!! Kantoi niat aku sebenarnya TAK NAK & MALAS nak pergi sekolah. Ok ibu, jangan pikirkan sangat la ye pasal yang angah mengomel tu. (dalam family aku diorang panggil aku Angah@ Adik Ana)

Eh... aku tengah beratur kat mana ni? Ooo ok fine, aku tengah beratur nak uruskan registration aku masuk UITM ni. Sebelum ni duduk bandar. Sekarang kau kena la menetap untuk seketika di JENGKA demi menunaikan tanggungjawab kau sebagai seorang anak dan pelajar. 

3 setengah tahun berlalu di JENGKA dan sekarang aku tengah sambung study di UITM SHAH ALAM. Bertambah lagi ke'busy'an aku bila dan masuk level degree ni kan. Dan situasi sebagai pelajar berlevel degree ni tak macam time diploma dulu. Semuanya dah diatur dan di uruskan. Masa ni aku kena uruskan sendiri semua. Wahhhh!!! tension nyeee...

Yes! habis juga aku belajar sebagai pelajar degree. Now masa untuk cari kerja.....

Tapi aku pelik la .. kenapa ramai sangat kawan-kawan aku kat FB ni semuannya dah kawin... dah ada anak.. dah bertunang... Muda lagi kan kita ni??? 

"Oit! Oit! itu cerita 7 TAHUN lepas.... kembali ke alam realiti semula ye..."

Ok aku sekarang berada di bawah pemikiran separa sedar. I am 26 years old!!!! 4 years more to 30 TAHUN!!!!!! IM ALREADY OLD laaaa..... Bangun la dari mimpi wahai ATIKAH......

Minum jap! penat dah menjerit tadi!!
Aaaaarrrgggghhhhhh!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com