HAPPY NEW YEAR!! & Story as 'suri rumah' single. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, January 23

HAPPY NEW YEAR!! & Story as 'suri rumah' single.

Errrr belum terlambat lagi kan untuk aku nak wish? Masih dibulan Januari walaupon dah nak ke penghujung nya kan. Seperti biasa tahun baru, azam baru. Azam baru, jadi kita mulakan dengan sesutu yang barulah kan. Takpelah dalam hidup ini, takde erti kata 'TERLAMBAT' @ 'TAMAT'. 

Bila masa kita nak mulakan suatu perubahan, bila-bila pon kita boleh lakukan. Cuma, yang perlu kita kekal kan untuk memulakan perubahan ialah perlu ada sifat ISTIQOMAH @ kata lain nya berterusan @ dalam bahasa inggeris nya ialah CONTINUE. Takpelah inggeris aku tak lah excellent sangat even belajar dulu sampai tahan Degree (OK! bukan nak show off pon, saja nak mention. ahakksss!) 

Banyak benda yang aku rasa aku kena BARU kan semula. Sempena semangat tahun baru kan. Aku taknak lah sia sia kan hidup aku dengan sesuatu yang tak berfaedah. Jadi aku dah banyak mula untuk fikirkan apa yang aku harus buat.

Actually since bulan 10 tahun lepas (2013) aku berhenti kerja, aku masih belum lagi dapat peluang atau panggilan mana2 kerja. Hadir interbiu dah melambak dah tapi boss tak juga col col aku bagi tau. So, kerja aku kat umah lah jaga ibu, adik2, anak anak bulus aku.

Bila life aku berubah menjadi 'suri rumah' single, hari hari aku buat rutin harian yang sama.

"Kemas rumah, basuh baju, sidai kain, masak, lipat baju, bagi anak bulus makan, kemas sangkar, bersihkan pasir anak anak bulu, tengok tv, layan internet."

Beginilah rutin harian yang aku lalui sehingga la hari ini. Cuma step by step kerja nya je berubah-ubah. Jap mula basuh baju pastu sidai kain. Takpon kemas sangkar dulu ke..haaa macam tu lah... Ehh eh eh aku terlu[a satu kerja lagi Siram pokok bunga,sapu daun kering. =)

Dan sekarang ni, apa yang aku dok melilau berfikir sekarang ialah aku sedang cari satu kerja yang boleh tampung duit poket aku setiap hari. 

" Kalau aku nak cari duit dengan BERBLOG boleh tak?"

#ANYCOMMENTPLZ!!! 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com