" dalam 5 bulan tu dah rasa dah..." | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, January 27

" dalam 5 bulan tu dah rasa dah..."

Semalam nenek aku bagi tau yang Cuzen gila-gila aku si FISYA dah tau dah jantina baby yang dia bakal dapat nanti. Dia bakal dapat anak perempuan. Gugurl la jawabnya. Hari tu kakak dia punya kitorang dah tau. Dapat Boboi. Adik dapat Gugurl. Sesuai la sangat kan.

Masa nenek bagi tau tu Ibu aku cakap la...

"Su kalau dulu tak payah nye nak check check ni. Kita dah bole rasa dah dapat baby apa"

Aku pon cakap la

 " Yeke bu? Macam mana plak boleh rasa?"

Pastu Makcik sedara aku, Umi si Baby Mia tu jawabla... 

" Ye.. kita boleh rasa dah.. naluri ibu tu bole rasa. Tapi masa baby tu dalam lingkungan 5 bulan keatas la."

Mula la ibu aku bukak sejarah masa dia mengandung kan kitorang dulu... dia citer...

"Dulu masa ibu mengandung kan Along, terus je ibu suka nak mengait (macam menjahit gak). Pastu terus rasa 'anak aku perempuan ni."

Aku tanya pulak, " Masa angah dulu ibu buat ape?"

"Masa Angah pon ibu mengait gak. Cuma masa Pipah (adik aku yang ketiga), entah kenapa rasa nak aktif je. Main sukan la apa la..."

Pastu kitorang cakap kat ibu... " Ooo... patut la Ipa suka sukan-sukan ni.." 

Adik aku si Pipah ni memang dia aktif sukan masa sekolah dulu. So bila ibu bagitau dia aktif masa mengadung kan Ipa dulu, kira kesan nya adik aku dapatla.... 

CUMA!!!!!

yang aku pelik kan... masa aku selain ibu menjahit ibu suka buat apa lagi ekkk? Sebab penghasilannya diri aku ni..... Jadi.......
macam ni???

Ibuuuuuuuu!!!!!!!! jawab please!!!!!!!

Krik! krik! krik! Ibu takde jawapan... sob sob sob....

1 comment:

  1. oo...hihi..kira tengok minat ibunya macam mana ye:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com