Kisah seorang kawan | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Tuesday, November 12

Kisah seorang kawan

Bangun pagi tak pegang phone buka Wassap, WeChat, Mesej ( tapi sekarang dah jarang dah sebab semua dah jimat kredit guna yang free je ) memang tak sah. Dan tu la kerja harian aku yang memaksa aku tengok handphone tiap masa.

Tengah godek godek handphone sambil berbalas Wechat kawan, tengok ada orang add aku. Aku approve la macam biasa. Yela ayat falsafah pernah berkata

"Berkawan biar beribu, Bercinta biar satu"

so aku pon click 'Accept' . Ok done!

Perbualan bermula:

Dia: 'Hye, thanks approve'
Aku: 'Assalamualaikum... Terima kasih ye add saya'
Dia: 'Wasalam.. terima kasih approve saya. So u kat mane sekarang?' 
heheh tak tahan kau ayat U , I lagi... tapi aku tetap ber'saya' 'awk' hehehhe kampung gurl kata kan...
Aku: 'Saya di Klang. Awk?'
Dia: 'I kat Rembau N9'
Aku: 'Jauh gak dari Klang kan...'

So perbualan berterusan mana asal umur bla..bla..bla.. bla...

Dia : 'Klang kat mana? sebab dulu Mama I pernah mengajar kat sana'
Aku: 'Oooo anak cikgu la ni ye.. So anak dia pon cikgu la ye?'
Dia: 'Anak dia KULI je. Awk plak keje mane?'
 Aku: ' Haaaa... awak patut bersyukur tau ada keje. Kuli pon rezeki Allah juga. Halal lagi kerja tu. Saya ni tengah tunggu panggilan kerja. Sepatutnya awak bersyukur tau ada kerja.'

**Macam ni manusia pon ada. Dah ada kerja, rasa terhina je pula sebab kuli. Lupa ke tu kan rezeki Allah. Allah dah bagi pon merungut lagi. Bila Dia tak bagi nanti merungut la apa la. Bersyukur la kawan ye. **
 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com