Assalamualaikum Cinta.... Wa'alaikumussalam Rindu... | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Monday, November 4

Assalamualaikum Cinta.... Wa'alaikumussalam Rindu...

Lelaki : " Assalamualaikum Cinta"
Perempuan : " Wa'alaikumussalam Rindu"

Hhhhmmmm Romantiknya panggilan pasangan yang macam ni kan? Jarang kita nak dengar pasangan panggil macam ni .( Official nya ia sesuai untuk pasangan yang dah berkahwin sebab ia sangat sweet) Panggilan ni aku dapat masa aku tengok movie 7 Petala Cinta. Kisah percintaan menurut cara Islam sangat indah.

Cerita tu actually dah setahun berlalu. Sebelum ni aku pernah juga tengok. Kira first time la aku tengok kat Astro First. Time tu layan tak layan juga la citer ni. Maklum lah manusia kan.. bila ada je cerita yang berunsur keagamaan ni hati hitam mana nak amik kisah sangat.

Tapi beberapa hari yang lepas aku terlayan balik cerita ni kat Astro 131. So teiba je agak tertouching sikit dengan perjalanan cerita cinta yang indah. Actually dalam 2 3 hari ni aku memang nak ubah diri aku untuk menjadi yang lebih baik. (kata lain aku nak seorang muslmah yang solehah. Alhamdulillah dengan perkongsian dari kenalan yang dah berhijrah, aku dah tau sedikit demi sedikit jalan untuk berubah.) 

Apa yang buat aku tertarik untuk berubah adalah selepas aku tengok rezeki yang Allah bagi kepada hamba Dia sebagai ganjaran rezeki atas penghijrahan mereka adalah sangat meluas dan adakala rezeki yang tak terjangka. Jadi aku rasa kehadiran movie tu semula dan walaupon ianya sekadar movie, aku anggap ia adalah guide yang Allah cuba nak bantu aku capai apa yang aku inginkan. (Alhamdulillah)

Untuk cerita 7 Petala Cinta tu dia bukan sahaja focus kepada cinta sesama manusia, tetapi terkandung juga cinta kepada pencipta iaitu Allah s.w.t. Keyakinan kita sebagai hamba Allah haruslah tinggi dan paling penting wajib YAKIN pada Dia. Kerana Dia lebih mengenali kita lebih dari manusia  mengenali kita.

*Nor 'Atikah+Perempuan+Wanita = SOLEHAH aaminn...*

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com