Kembali mengupdate setelah lama sunyi tanpa berita. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, February 14

Kembali mengupdate setelah lama sunyi tanpa berita.

Assalamualaikum Semua,

Buat yang dah tidur tu esok jangan lupa singgah blog ika untuk baca entry terbaru ni ye. Yang belum tidur tu meh la buang masa kejap untuk rehatkan mata dengan layan blog picisan ika ni. Diam tak diam dah hampir 2 bulan juga ika hidup sebagai seorang dewasa yang baru memulakan kerjayanya untuk menampung hidup. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Semuanya kena bergantung pada keinginan dan kemampuan masing-masing.

Untuk melatih diri membuat keputusan bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Banyak benda yang perlu di titik beratkan. Perkara positif dan negatif perlu sentiasa di pertimbangkan dari awal takut ianya akan memberi kesan diluar jangkaan kita.

Melihat sahabat yang dah mula mengatur perjalanan hidup telah memberi satu cabaran yang sangat mendalam. Ika juga mahukan pembaharuan. Jadi ika perlu bekerja keras dan berusaha lebih dari biasa atau kata lain buat sesuatu yang luar biasa dari biasa. Sampai bila ika harus berada di takuk lama dan hanya menjadi pemerhati semata-mata. Aku perlu lakukan jua. Gagal atau Berjaya itu tidak penting,yang penting usaha. 

XOXO. =)

**TAHNIAH!!! buat sahabat sahabat yang dah melangkah ke alam pertunangan dan perkahwinan. Tak sabar hati untuk bertukar status juga. wing wing~~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com