Hampir 2 Minggu sudah aku disini | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Tuesday, January 8

Hampir 2 Minggu sudah aku disini

Assalamualaikum semua,

Sambil tengah layan lagu SITI NURHALIZA dan KRISDAYANTI ika amik masa kejap untuk update blog hari ni. Rasa macam baru je ika mula kerja dekat 7ELEVEN ni, tapi cepat sungguh masa berjalan. Sampai sudah 2 Minggu ika disini. Melayari hidup sebaga seorang anak yang jauh dari ibu dan adik adik walaupon hanya 15 minit perjalanan saja dari rumah ika ke hostel ika duduk sekarang. Tapi perasaan ika sekarang tak sama seperti perasaan ika dahulu.

Belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang yang telah dewasa adalah sangat sangat mencabar. Baik atau Buruk keputusan yang di buat demi diri sendiri semua adalah bergantung atas diri kita. Jadi segala perasaan yang timbul samada kecewa atau gembira adalah impak dari keikhlasan yang kita lakukan sekarang ini.

Dan secara realitinya, ika perlu belajar banyak benda. Dari mana nak mula..... tu lah yang kena fikirkan sekarang ini. =)

XOXO =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com