DAH LAMA SAYA NAK 'REALISASIKAN' IMPIAN INI. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Wednesday, October 24

DAH LAMA SAYA NAK 'REALISASIKAN' IMPIAN INI.

"IMPIAN'

 Selama ni ika hanya tengok, ika hanya memperhatikan semua nya kat depan mata ika. Tapi kali ni ika nak sangat benda ni @ impian ika ni menjadi kenyataan. Mungkin setengah orang akan mengatakan impian ika ni benda yang kurang penting. Yela sebab apa yang ika nak buat ni tak semua yang willing nak buat. Sebab rata rata nya banyak memikirkan mereka mampu atau tak nak buat. Sebelum ika decide nak buat ni, ramai dah ika tengok aktivis yang buat benda benda ni. Dan ika percaya akan kewujudan rezeki yang lebih buat ika jika ika buat perkara ni. 


Dengan tengok pic ni mesti semua dah dapat agak kan apa 'IMPIAN' yang ika maksudkan tadi? Ika rasa semua pembaca yang ada FB pasti kenal sangat dengan PAGE ni kan? Ini adalah salah satu favourite ika yang ika always follow perkembangan nya selain dari page DATO'SITI NURHALIZA TARUDDIN. 

Ika before ika follow news mengenai haiwan kesayangan ika ni (si KUCING) ika memang dah simpan hasrat nak angkut semua mereka mereka yang tak bertuan ni, ika nak bela. Tapi dulu ika terlalu risaukan kesempitan wang yang ika dan family ika cz ika takut tak mampu nak bela. Tapi ika percaya pada rezeki. Ika percaya sekali ika tolong 'INSAN ISTIMEWA' ni, banyak balasan yang ika akan dapat. Mungkin juga satu rezeki yang diluar jangkaan ika. 

Ya Allah... aku mohon pada Mu Ya Allah... kau berlipat kali gandakanlah rezeki buat aku. Supaya aku dapat kongsikan kesenangan aku dengan insan seperti mereka. Yang ada juga diantaranya mungkin akan terseksa sekiranya mereka hidup diluar. Jadi kau biarkanlah aku untuk hadir menyelamatkan diri mereka dari kesengsaraan dunia luar yang penuh drama ini.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com