PENGAKUAN MAAF DARI LELAKI YANG HINA ISLAM DI FB. | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Thursday, September 27

PENGAKUAN MAAF DARI LELAKI YANG HINA ISLAM DI FB.




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat ika,

Sebelum nak masuk tido dalam beberapa minit lagi ni, ika tengah dok rajin pulak kan nak review FB + Story story yang tengah hangat tika ini. Termasuk la tentang guy (lelaki) yang kat atas tu. Before ni ika tak tengok lagi post yang dia buat tentang menghina Allah dan Rasul kita Nabi Muhammad S.a.w. So tadi ika rajin plak nak tengok apa yang dia post kan kat Fb tentang penghinaan tu melalui mynewshub so ayat nya agak kurang ajar gak la kan. Then bila ika dah baca ika terus la search nama si empunya FB tu...

Cari punya cari dapat gak ika jejak Fb si owner yang menghina ALLAH dan RASUL kita tu. 

TETAPI......

Kali ini di FB si lelaki ni dia ada post ucapan maaf atas kejadian yang berlaku tu: 


SAYA MEMOHON MAAF ATAS MAKIAN YANG DIBUAT ATAS AGAMA ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK SAYA SENDIRI OLEH ORANG YANG HACK FACEBOOK SAYA. SAYA MEMANG TAK AKTIF KAT FACEBOOK.SAYA SELALU GUNA FACEBOOK KAT CYBERCAFE,PEJABAT DAN KAT LIBRARY UNIVERSITI DAN SELALU SAVE PASSWORD KAT SANA.SAYA RASAKAN ACCOUNT FACEBOOK SAYA KENA HACK ORANG KERANA ITU.SAYA PUN DAH LAMA TIDAK AKTIF KAT FACEBOOK SEJAK KEBELAKANGAN INI KERANA SIBUK BELAJAR.SAYA TIDAK PERNAH BERMINAT BAGI MEMAKI MANA-MANA AGAMA.DAN LOGIKNYA TAKKANLAH SAYA SENDIRI DUDUK KAT MALAYSIA DAN BERANI BUAT BENDA TERKUTUK SEBEGINI DENGAN AKAUN FACEBOOK DENGAN GAMBAR SAYA SENDIRI.WALAUPUN ORANG LAIN BUAT BEGINI SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KAT MALAYSIA.SAYA AKAN DELETE AKAUN FACEBOOK INI DENGAN SERTA MERTA.
Dan dari pengakuan yang dia buat melalui FB dia tu, nampak seolah olah dia memang tak tahu akan kewujudan post penghinaan tersebut hanya selepas dia dimaklumkan oleh teman nya berkenaan hal ini. So jika betul la ini la situasi sebenar agak malang la nasib dia sebab dia careless save password FB di PC yang dia selalu gunakan untuk online. Dan bagi rakyat malaysia semua terutama mereka yang beragama Islam, maafkan la dia. Mungkin ada benarnya dia tak tahu akan hal ini dan mungkin benar juga FB dia kena hack. Sekarang ni manusia semua pintar pintar. Sanggup lakukan apa saja demi nak menjatuh kan orang lain. 

 Ika harap sangat kita semua rakyat malaysia yang berbilang kaum jangan la ada permusuhan diantara kita. Kalau boleh elakkan la dari membeza- bezakan bangsa kita dengan bangsa lain. Biarla kita hidup dengan aman seperti dahulu dan jangan la kita menindas kaum dan bangsa lain sesuka hati.

**Pelik lah, kenapa kalau berlaku hal seperti ini  AGAMA ISLAM kebiasaan nya mesti orang suka kaitkan dengan perkara perkara yang menyentuh sensitiviti .


3 comments:

  1. salam. Ada baca juga dkt FB. Cuma haraaaaap sgt umat Islam x jadikan isu ni sbg sebab2 nk buat kekecohan.mereka yg komen ni xfaham keindahan Islam,jd mrka ni mmbuta tuli je komen.kita sbg umatNya kna jelaskn pd mreka.Nk marah2 tp xjelaskn kebenaran pn xguna juga.Kesabaran itu pnting.mcm dlm surah An-Nas. 'pesan brpesan di dalam kebenaran,dan pesan brpesan di dalam kesabaran..'

    ReplyDelete
  2. Assalam... Aku boleh terima maaf dr budak tu. Tp kenyataan kau yg pelik tu aku x boleh terima. Engkau ni org islam ke x...?
    Apakah kau xder perasaan pd agama? Aku nak tny kau... Kenapa org agama lain suka ganggu dan menyentuh hal agama islam sedangkan org islam x pernah berbuat demikian. Inikah sensitivitinya... So.. Aku pon bukan orang Lim ulama dan x juga dijanji syurga. Tp biarlah aku hidup ada perasaan utk membela agama. Tq

    ReplyDelete
  3. Wassalam encik mohd fadzil mazlan. Tak bermakna ayat saya yang bersahaja ni bermakna saya tiada perasaaan marah dan tiada perasaan nak pertahan kan hak agama saya. Negara kita ada alim ulamak dan juga undang-undang yang akan ambil tindakan pada masalah ini. dan statement saya ni bukan la nak menunjukkan kita umat islam ini hanya lepaskan sepenuhnya pada pihak berwajib. tapi jika pemberontakkan yang kita pilih rasa ianya akan mendatangkan lagi kekeruhan. tiada penyelesaian. walaupon kita memilih untuk memberontak dalam bentuk dunia maya ini. semua tindakkan harus di fikir baik dan buruknya.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com