EX-MURID bersama EX-GURU | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, September 28

EX-MURID bersama EX-GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat ika sekalian,

P/S: Buat mereka yang bernama lelaki MUSLIM (amin..) anda semua tahukan hari ni hari apa dan waktu waktu begini apa yang anda perlu buat, so jalankan la tanggungjawab anda sebaik mungkin ya... Kerana anda semua adalah ketua dan juga bakal ketua buat generasi dulu kini dan selamanya selagi dunia ini belum lagi ALLAH s.w.t ambil kembali. Janganlah dok "cengelat" lebih sebab layankan perasaan malas anda itu. 

ALHAMDULILLAH..... ika baru ju selesai makan tengahari bersama seorang USTAZAH sekolah agama ni. USTAZAH?? yeee.. dia adalah bekas guru agama ika waktu ika darjah 5 & 6. Dia ajar ika Bahasa Arab, Tauhid, dan Sirah (sejarah) . Dulu dia ada kat depan ika kat meja belajar ika. Tapi kini ika dan dia jalan pergi kantin sama-sama, duduk makan satu meja + borak+ gelak ketawa = SANGAT PELIK kan? 

Kalau ikutkan sejarah ika masa ika sekolah dulu, takdenya ika berani nak borak borak bagai dengan semua guru ika. Tak kisah la sekolah agam ke, sekolah kebangsaan ke. Ika memang tak rapat and for ur information, ika adalah pelajar yang sangat pendiam dan tak banyak bergaul dengan kawan kawan. So untuk hal "kamcing" dengan guru pon memang tak la ika rapat kan. 

So tadi masa pergi makan dengan ustazah ika tu, memang dah rasa macam kawan kawan pulak. Tapi dalam hati ni mau segan lagi sebenarnya ika dengan ustazah ustazah yang pernah ajar ika dulu tu. Hanya sorang je yang ika tak boleh nak panggil "akak" and ika still lagi panggil "ustazah". Nama dia Ustazah Salemah. Haaa dengan dia ika memang tak bole nak tukar tukar kan gelaran itu. Dia ibarat super senior gak dalam class ustazah yang ada kat sini. Heee panjang ika celoteh tapi korang paham ke? Buat buat paham je la ye... =)

** Lepas kenyang makan mata pon main peranan lebih la kan... dah start mengantuk dah...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com