Bila semua mula Berpaling kembali pada Dia... | IT IS NOT ABOUT SIZE


Advertisement

SELAMAT DATANG KE BLOG **atikahnorbaki.com** FEEL FREE TO FOLLOW ME YA... =)

CORETAN PENDEK ATIKAHNORBAKI

Saya seorang yang serba kekurangan tapi mahu ingin menjadi setanding dengan mereka yang cukup sempurna diluar sana. SIZE bukan lagi penghalang untuk menjadi yang terbaik. Apa yang di persembahkan dalam "DUNIA MAYA" ini, inilah kejujuran sebenar benar diri NOR 'ATIKAH BINTI NORBAKI. Kini aku buang segala ketakutan dan kerendahan diri hanya untuk mengukuhkan kaki untuk berdiri.

Friday, November 18

Bila semua mula Berpaling kembali pada Dia...

Assalam semua ^_^

Korang semua mesti dah rasa yang bumi kita ni dah terlalu tua kan? Macam manusia juga la..bila dah berumur semua benda pon tak larat nak buat..sakit sana sini.. tak bole nak bawa berat-berat dah... kena slow-slow je.. Dan di sebabkan bumi itu ciptaan Allah s.w.t juga jadi dia pon ada jangka hayat nya yang kita semua takkan tau... iaitu Kiamat...

Tak ada siapa dalam dunia ni yang ika rasa takkan takut dengan kiamat... kalau hebat mana sekali pon, ilmu sihir  sekebal mana pon, pastinya kau akan gentar juga bila saat bumi ni di berhentikan untuk berfungsi pada kita.. dan tak pon pernah tak korang semua trfikir bila saat nya kita akan mati? lagi dua hari ke, seminggu ke, kejap lagi ke, atau sekarang... semua nya kita tak tahu kan... jadi bayangkan la...berapa jauh nya darjat kita ni jika semua benda itu kita tak tau.... hanya Dia je maha mengetahui segala-galanya...

Ika kadang-kadang jadi penat dan takut dengan dunia sekarang.... sangat gerun... kegiatan sosial remaja, kanak-kanak, aktiviti pemesongan akidah terlalu berleluasa... takut satu bala yang kita semua takkan tahu yang mana pasti akan berlaku pada kita... pernah tak kita fikir semua tu?tak pernah kan? kita terlalu seronok memikirkan kehidupan dunia yang semakin jatuh nilainya dari pandangan agama dan masyarakat..

Tapi dalam masa takut dengan semua benda ni, ramai juga yang telah tersedar awal akan dari kesilapan yang pernah mereka lalui sebelum ini... contoh nya artis negara kita Diana Amir...


ok Dalam hal ni ika bukan la nak menyanjung artis-artis malaysia dalam bercakap tentang kesedaran, tapi perkara ni memang memberi motivasi pada ika untuk berubah... persoalan yang selalu bermain di fikiran ika saat ika melihat mereka2 ini berubah, ika selalu terfikir.. " Bila semua mula berpaling kembali pada Dia, jadi kenapa tak AKU??" 


Sampai satu tahap ika rasa seperti ika buta dalam terang... buta di sebabkan kejahilan dunia itu sendiri... dan kita tak bole nak salahkan dunia.... dunia tak mampu mencorak segala2nya.. tapi Manusia yang alpa dan gagal dalam memberikan yang terbaik buat dunia... dan kerana itulah dunia hancur dek kerana manusia-manusia sebegini... 

** Ika teringat satu ayat ni... "Setinggi mana darjat kamu, sejauh mana kamu berlari, tapi percayalah... akhir nanti AGAMA juga yang kamu akan pilih... "


1 comment:

  1. Makinramai artis Malaysia pakai tudung. Saya dah folo awk, :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com